Kek Yogurt Mudah

Rosemary (An Italian In My Kitchen)
Bahan-bahan

Kek Yogurt

  • 1 cawan Yogurt Segar Asli Bright Cow
  • 3 biji telur Gred A (suhu bilik)
  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 3/4 cawan gula
  • 1 1/2 cawan tepung serba guna
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • gula serbuk

Sos Blueberi

  • 1 cawan blueberi
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu besar air
  • 1/2 sudu besar jus lemon
Kaedah
  1. Panaskan ketuhar hingga 350 darjah (180 ° celcius). Griskan loyang kek 8 inci.

  2. Dalam mangkuk sederhana, menggunakan pengadun tangan pada kelajuan sederhana, pukul telur dengan perlahan (kira-kira 30 saat)

  3. Tambahkan minyak, gula dan Yogurt Segar Asli Bright Cow, pukul selama 1 minit hingga rata

  4. Masukkan tepung dan serbuk penaik dan pukul hingga rata selama lebih kurang satu minit lagi .

  5. Tuangkan ke dalam loyang kek yang sudah digris dan bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak (apabila tusuk gigi atau pisau yang dimasukkan ke dalam kek keluar bersih). Apabila sejuk, taburkan gula tepung jika mahu.